You are number

Monday, July 18, 2011

#SekolahRendahDulu

First of all, sorry saya lame sebab bawak hashtag ke blog.


Second of all, saya tak kisah pun apa awak nak cakap. Saya buat demikian bersebab, sebabnya tak lain dan tak bukan, saya tak mahu bos saya baca dan seterusnya mengetahui kebanyakan perkara yg saya lalui semasa kecil. Saya tak tahu kenapa, tapi firasat saya kuat mengatakan bahawa bos tidak lagi mempunyai kepercayaan yg teguh spt dahulu terhadap saya.

Sebab musabab? Ada budak bertuah yg berumur 25 tahun yg mulutnya, kalah tempayan. Tambah lagi dgn kaki report. Memangg, memang. Sabar je la. Tp tak mengapa, aku kerja situ bukan sampai mati, so boleh sabar dan buat relax je ;)



Mari kita teruskan ke topik hari ini. Eh malam ini. Sekarang baru pukul 12 tengah malam. Apa hal hari pulak kan. Tapi dah hari baru, eh betullah. Eh apa-apa je lah.

1. Saya bangun awal, dalam pukul 6. Selesai mandi, tepat2 masa utk menunaikan solat Subuh. Lepas tu kemas beg. Keluar rumah pukul 6.50 pagi. Tak tipu woi. Dulu aku siap cepat, tak perlu nak bedak muka. Haa sampai sekolah pukul 7 pagi.

2. Saya naik basikal pergi ke sekolah.

3. Saya akan menyapu lantai kelas saya sehingga bersih, keseorangan. Mcm loser disitu. Tapi saya tak kisah pun.

4. Saya seorang pengawas yg suka mengambil kesempatan. Hik hik

5. Tepat jam pukul 7.15 pagi saya akan pergi ke kelas jagaan saya, marah budak-budak kelas tersebut, kerah mereka sapu lantai, lap tingkap (bukan lap basah pun, asal tak berhabuk je) dan susun meja. Ya, guna pembaris panjang tu ye. Yg cikgu suka guna utk babap kita kalau kerja sekolah tak siap tu.

6. 7.25 pagi saya arahkan semua budak pergi beratur di tapak perhimpunan.

7. 7.30 pagi saya pula menuju ke tapak perhimpunan, jerit kepada mereka suruh beratur bagi lurus, kalau boleh nak kalahkan pembaris panjang tu. BARIS, LURUS!

8. Ada budak yg saya berkenan hati ni, cikgu Bahasa Melayu saya cakap karangan dia terpesong. Woo sanggup tu saya sneak out drp tugas saya sbg seorang pengawas, naik ke kelas pada waktu rehat. Selongkar barang beliau, cari kertas karangan dia. Nak baca, rasa tak puas hati bergaul dgn sedikit simpati. Kenapa dan bagaimana boleh terpesong karangan beliau tu? Mamat tersebut skrg selamat berkapel dgn awek cina. Wuyoo cemburu saya.

9. Waktu sudah habis rehat pula, bukan main semangat lagi halau budak-budak suruh pergi beratur di tapak perhimpunan tak pun balik kelas. Kalah org yg fanatik bola jerit-jerit bagi sokongan padu mereka tu tau. Lepas tu tak reti balik kelas dgn kadar segera, malahan muka tebal kalah buku rujukan Fizik SPM tu pergi mintak ayam free drp pakcik kantin. Bkn seketul, 3-4 ketul pun boleh dapat. Kalau beli sendiri, seketul RM1. Tu yg waktu rehat sanggup berpura-pura diet tu.

10. Saya bulat. Maksud saya, pipi saya bulat. Lepas tu terkejut hampir nak demam apabila dapat keputusan UPSR. Bangga mak bapak aku jemput aku dr sekolah woi. Pdhal hampir 100+ org dpt keputusan cemerlang.

Sekian, itu sahaja memori indah saya menjadi seorang budak di sekolah rendah dulu.

Sekolah Kebangsaan Jalan Tiga, sekolah kebanggaanku. Sampai bila-bila.

No comments:

Post a Comment